Bab 2: Kehidupan Baru

Image may contain: 2 people, people sitting and outdoor

Hari ke-6 PKP diisi dengan pelbagai kerja sekolah terutama tugasan-tugasan yang hendak diberikan kepada murid-murid yang bertebaran di seluruh Malaysia. Hasrat hati hendak live ig atau fb tetapi nampaknya zaman sekarang anak-anak lebih gemar menggunakan apps tiktok, maka perlu juga rasanya guru-guru menggunakan aplikasi tiktok untuk pdpc maya selain google classroom. Apa-apapun bagiku google form dan quizziz menjadi pilihan sebab boleh dicapai pada bila-bila masa, maklum sahaja group whatapps bukan sahaja disertai oleh anak-anak didik tetapi juga ibu bapa mereka yang ada kalanya bertugas 24 jam di barisan hadapan. Itulah kalau mengajar tingkatan 1, pengalaman yang sama seperti Tahun 6 kerana perbezaan umur yang tidak jauh. Aku selesa mengajar Tingkatan 1 kerana bagiku keletah anak-anak sama sahaja ketika di sekolah rendah, suka perhatian, mahukan perhatian dan mencari perhatian.

"Jom, ke Bukit Dumbar."
"Set."

Itulah taman rekreasi yang berhampiran dengan rumah kami di Jelutong. Itulah juga taman hiburan yang kami kunjungi hampir hujung minggu kerana boleh beriadah sambil menikmati pemandangan sekitar bandar Georgetown dari puncaknya. Padang yang berkeluasan 3 kali padang bola, ramai sahaja yang berjogging mahupun meronda-ronda di situ setiap hujung minggu.
Bukit Dumbar ni banyak kisah misterinya, cuma kami tak meneroka dengan mendalam sepanjang kami di situ. Cuma sebagai anak muda, kami faham dengan situasi tempat kalau padang luas, ada-ada sahaja yang negatifnya. Selain Bukit Dumbar, Padang Polo berhadapan Hospital Pulau Pinang, juga Padang Brown berhampiran Datuk Keramat, malah taman botani di Pulau Pinang selain Air Itam Dam, semuanya menyimpan rahsia anak-anak muda. Sebagai remaja ketika itu, aku yang baharu berusia 18 tahun, agak blur dan naif tentang perkara itu. Barangkali tiada sosmed, tiada hp dan tiada internet pada ketika itu membuatkan aku masih suci. ahak..
Ada sahaja bekalan yang tertinggal di atas rumput di lokasi yang aku sebutkan tadi, sama ada sarung plastik atau cecair yang akupun tak faham, tapi lama kelamaan aku faham bahawa tempat sebegini merupakan port untuk remaja terutama beraktivitas pada waktu malam. Maklum sahajalah tiada penguat kuasa yang bertugas meronda. Tapi yang pasti kami tidak terjebak.
Duduk di Kampung Jelutong itu sangat hampir dengan pasar awam Jelutong. Setiap hujung minggu kami akan ke pasar awam Jelutong untuk membeli barang-barang basah seperti ikan dan sayur. Adakalanya aku dan arwah Hamdan, ada kalanya Said dan Men yang akan ke pasar awam tersebut. Situasinya sama dengan gambar yang tersorot dalam corong televisyen saban malam ditonton tentang kedegilan masyarakat di situ. Budaya mereka, malah budaya kitapun memang pada ketika itu tiada peti sejuk untuk menyimpan bekalan makanan, pergi ke pasar awam dan membeli ikan dan daging segar memanglah kewajipan. Oleh sebab pasar awam Jelutong itu berhampiran dengan jeti nelayan, jadi ikan yang jual adalah segar, malah ayam ataupun babi yang dijual jua adalah segar. Jadi atas kebiasaan seperti peribahasa alah bisa tegal biasa menjadikan seseorang sukar untuk memakan barangan yang dingin beku sebaliknya suka akan makanan segar menjadikan mereka mesti ke pasar awam setiap hari.
Aku membeli dapur elektrik, dan bermulalah aku, arwah Hamdan, Said dan Men memasak pada hujung minggu. Bilik kami di bahagian atas rumah, jadi tuan rumah tidak menggangu kami, Di situlah hall, di situlah bilik, di situlah dapur dan di situlah segala-galanya. Kalau zaman sekarang, orang panggil studio. Buat kami 37 tahun yang lalu kami sudah tinggal dalam studio, yang mirip Studio Jalan Ampas.
"Mak, boleh bukak pintu tak!"
"Mak!"
"Nak mandi ya!"
"Ya."

Saban pagi, kalau tidak aku yang melaung, arwah Hamdan, Said mahupun Men akan memanggil dengan panggilan yang sama. Bab tandas, bilik air, agak sukar sedikit kerana terpaksa berkongsi dengan tuan rumah. Perangai aku pulak kalau sudah bangun, nombor satu mestilah menunaikan hajat. Bab menunaikan hajat ni ada kalanya tidak boleh dilengah-lengahkan. Pernah sekali, hajatnya sudah berada dibucu, daripada panggilan mesra bertukar menjadi panggilan derhaka. Tapi itu semua menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Tetapi tandas kami ini bukan calang-calang bentuknya, tandas yang sama aku jumpa sewaktu di singapura iaitu tandas yang sama dengan seperti dalam filem P Ramlee yang penyamun tu... engko ado... Pagi2 nanti akan dengarlah bunyi lori dan orang yang mengangkat najis tersebut. Nampak sangat tuanya aku...
Bercerita bab hiburan, Kampung Jelutong memang hebat, pukul 2:00 petang hingga lewat 5:00 petang memang pasti ada hiburan percuma di hadapan rumahku itu. Bukan sahaja kami serumah, malah rumah sebelah yang dihuni oleh zack, Halimi dan rakan-rakan yang lain turut terhibur dengan persembahan tanpa pentas saban petang. Cuma tidak pasti lagu apa yang didendangkan, yang boleh didengar ialah lagu dari filem SANGAM. Kedai Tuak Kerajaan yang beroperasi bermula jam 2:00 petang hingga lewat 5:00 petang memeriahkan suasana petang kami. Di situlah berhimpunnya warga India, Cina dan juga ada warga Melayu membeli tuak dengan harga 50 sen sekoleh. Warnanya putih kekuningan keruh diisi dalam tempayan yang dihantar oleh lori seawal pagi. Baunya yang masam sudah biasa kami hidu sewaktu melewati tempat itu saban hari sewaktu hendak tke empat menunggu bas.
Mereka akan bernyanyi beramai-ramai, ada kalanya bernyanyi secara solo. Ada kalanya lagunya dan nada picth tepat dan menyenangkan tapi ada kalanya mereka turut menyumbangkan lagu tersebut. Saban minggu akan terhibur dengan keletah mereka, cuma kami khuatir untuk keluar dan melewati tempat itu kerana mereka dalam keadaan mabuk. Khuatir banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Itulah hiburan kami di hujung minggu selain pergi ke Bukit Dumbar. Bertahan beberapa bulan sahaja di rumah itu, akhirnya kami berpindah ke Flat Taman Zainal Abidin bersebelahan Jalan P Ramlee iaitu rumah kelahiran P Ramlee.
Pengalaman menaiki bas pergi dan pulang maktab saban hari dari Jelutong melalui Transfer Road, Jalan Perak dan banyak jalan yang lain menjadikan kami lebih mengenali Pulau Pinang kerana benarlah peribahasa jauh berjalan luas pemandangan menambah pengetahuan dan menjana pengalaman...


Comments